Penjagaan Selepas Bersalin
Penjagaan selepas bersalin atau semasa berpantang adalah sama pentingnya ketika hamil. Tubuh si ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani. Amalan tradisi adalah perlu, demi menjaga kesihatan ibu dan anak.
Amalan dan penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan pemulihan si ibu. Penjagaan yang sempurna dan teratur dapat memulihkan si ibu dan anak menjadi sihat dari segi emosi , fizikal dan rohani. Untuk wanita pemulihan kejelitaaannya khusus dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan organ sex perlu diamalkan supaya kekal sihat dan kekal bahagia bersama suami tersayang.
Ketika hamil sehingga melahirkan anak, berlaku perubahan fizikal dan emosi. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.
Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera, walaupun begitu keadaan ini dianggap normal.
Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu.
Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.
Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang.
Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.
Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.
Amalan Semasa berpantang.
Mengikut tradisi masyarakat melayu tempoh berpantang memakan masa 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari, dalam masa berpantang banyak perkara perlu dilakukan untuk pemulihan sistem tubuh badan dan sistem pemprosesan organ peranakan antaranya :
* Mandian tradisional akar kayu/rempah
* Bertangas/bertungku
* Barut/tempel
* Urutan lepas bersalin
* Berbekung.
* Pilis
Kebaikan Urutan Selepas Bersalin.
* mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
* menaikkan rahim
* membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
* memecahkan lemak;
* mengetat dan membentuk tubuh;
* mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
* urutan selepas bersalin juga mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu ibu.
Kebaikan Berbekung
* Mengekalkan bentuk badan
* Mengelak dari perut menjadi buncit
* Mengekalkan suhu badan
* Mencantikan kulit perut yang telah kelihatan kendur akibat dari hamil.
* Memecahkan lemak
* Melancarkan peredaran darah
* Mengelak suhu badan dari turun
* Menghalang pembentukan angin dalam tubuh
Kebaikan Pilis
Pilis ialah campuran herba yang diproses dan disapukan didahi
* Mengelak dari mengalami terasa pening akibat dari kehilangan darah ketika bersalin.
* Mengelak berlakunya rabun
* Dipercayai dapat menghindar dari meroyan.
* Dapat menenangkan emosi yang bercelaru kesan dari kelahiran.
* Dapat mengembalikan kesegaran tubuh dan urat saraf
* Mengurangkan berat badan
* Membuang toksin
* Mengecutkan peranakan
* Mewangikan tubuh dari hanyir.